Bacalah Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar) paling kurang sekali pada waktu siang dan sekali pada waktu malam. Menurut hadis riwayat al-Bukhari daripada Syaddad bin Aus bahawa Rasulullah ﷺ mengatakan sesiapa yang membacanya pada waktu siang dengan yakin, dan meninggal siangnya sebelum malamnya, dia adalah ahli syurga, dan sesiapa yang membacanya pada waktu malam dengan yakin, dan meninggal malamnya sebelum pagi, dia adalah ahli syurga.
Bacaannya adalah seperti berikut:
اَللَّهُمَّ اَنْتَ رَبِّيْ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَاسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّمَا صَنَعْتُ، أَبُوْ ءُلَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَاَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْلِي، فَإِنَهُ لَايَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
Ertinya: “Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan melainkan Engkau. Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu. Aku berada dalam janji untuk mentaatiMu sejauh kemampuanku. Aku berlindung kepadaMu daripada keburukan yang pernah aku lakukan. Aku mengakui semua nikmat yang telah Engkau berikan dan aku mengakui semua dosa yang pernah aku kerjakan.”